Friday, October 02, 2015



BIO-DEODORANT
Rumusan ANTI-PERSPIRANT COMPLEX mengandungi Green Sil (Bambusa Arundinacea) yang berfungsi menyerap peluh sebelum dapat diuraikan oleh bakteria. Ekstrak Bambusa ini juga dipercayai boleh melembutkan kulit.

Memberi Perlindungan 24 Jam.


INFO HERBA BIO-DEODORANT


MULTI EX BSASM
Multi Ex Bsasm adalah gabungan 7 ekstrak tumbuhan herba yang mempunyai fungsi anti keradangan, anti oksidan, anti kanser, anti alergik serta anti bakteria.

Fungsi-fungsi bagi setiap herba di dalam Multi Ex Bsasm

Camellia Sinensis - bertindak sebagai anti agen berjangkit
Centella Asiatica - bertindak sebagai anti reumatik / anti artritis / anti penuaan
Glycyrrhiza glabra - bertindak sebagai anti alergik / anti bakteria / anti viral / anti kanser
Matricaria Recutita - bertindak sebagai anti oksidan / anti keradangan / anti kanser
Polygonum Cuspidatum - bertindak sebagai anti oksidan / anti keradangan
Rosemarinus Officinalis - bertindak sebagai anti oksidan
Scutellaria Baicalensis - bertindak sebagai anti oksidan / anti keradangan

Kelebihan Multi Ex Bsasm
1) Memberi kesegaran kepada kulit.
2) Tidak memberikan kesan iritasi kepada kulit.
3) Bertindak sebagai anti oksidan serta anti keradangan.





PROBIOPHYT FRESH
Probiophyt Fresh adalah bahan aktif yang bersifat anti odor (bauan). Ia berfungsi untuk mengurangkan bau sambil mengekalkan bakteria baik pada kulit.

Kelebihan Probiophyt Fresh
1) Bertindak secara biostatik dengan membunuh bakteria Brevibacterium epidermis, yang menyebabkan bau yang tidak enak.
2) Memelihara bakteria baik - mikrobiome homeostasis kulit serta sistem pertahanan semulajadi kulit.
3) Mengurangkan bau badan dengan pantas serta mengekalkan ia untuk jangka masa yang lama.




RAYOLYS D
Rayolys D di ambil dari 3 kombinasi ekstrak tumbuhan iaitu daun dari pokok Peach, Buah Apple dan Raspberries.

Rayolys D mempunyai :-
Flavonoids
Alpha Hydroxy Acid

Kelebihan Rayolys D
1) Berfungsi sebagai anti penuaan.
2) Mencerah dan memutihkan kulit.



GREENSIL (BAMBUSA ARUNDINACEA STEM EXTRACT)
Greensil ini berfungsi untuk menyerap peluh sebelum ia dapat diuraikan oleh bakteria. Oleh itu, kulit akan sentiasa kering.




Aluminium Klorohidrat yang terkandung dalam deodoran merupakan penyebab utama untuk kanser payudara. Ia boleh didapati hasil dari pemakaian beberapa produk anti-perspiran (anti peluh) yang mengandungi bahan Aluminium Klorohidrat. Kebanyakan produk yang ada di pasaran merupakan kombinasi dari anti peluh dan deodoran. Produk deodoran sendiri tidak merbahaya.
Terdapat beberapa bahagian tubuh kita yang mengeluarkan zat-zat racun, iaitu bahagian belakang lutut, diantara kaki dan ketiak. Zat-zat racun ini dikeluarkan dalam bentuk peluh. Produk anti peluh mencegah peluh dari keluar. Dengan menggunakan deodoran anti peluh, zat-zat racun tadi tidak boleh dikeluarkan dari dalam tubuh, melainkan berkumpul di kelenjar di bawah lengan.
Kanser payudara kebanyakan berlaku di bahagian atas payudara. Risiko kanser payudara pada kaum wanita lebih tinggi jika setelah mencukur rambut ketiak dan seterusnya menggunakan produk deodoran anti peluh. Ia disebabkan luka-luka kecil mungkin terjadi ketika mencukur rambut ketiak tersebut, bahan-bahan kimia yang ada dalam produk anti peluh akan lebih cepat meresap ke dalam tubuh.

Sebatian Aluminium digunakan sebagai bahan aktif dalam antiperspiran. Sebatian ini membentuk sebuah plug sementara dalam saluran peluh, menghentikan aliran keringat ke permukaan kulit. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sebatian aluminium yang kerap digunakan dan terbiar lama pada kulit terutama yang hampir dengan payudara, boleh diserap oleh kulit yang akhirnya mengakibatkan seakan kesan hormon estrogen. Umum mengetahui bahawa estrogen mempunyai kemampuan untuk mempromosikan pertumbuhan sel kanser payudara. Beberapa saintis telah menyatakan bahawa sebatian aluminium yang terdapat dalam antiperspiran boleh menyumbang pada perkembangan kanser payudara.

Pada tahun 2002, telah dilaporkan satu kajian tentang kaitan antara kanser payudara dengan antiperspiran ketiak dan deodoran. Hasil kajian berkenaan tidak menunjukkan peningkatan risiko kanser payudara pada wanita yang menggunakan antiperspiran ketiak atau deodoran. Keputusan kajian juga menunjukkan tidak ada peningkatan risiko kanser payudara untuk wanita yang menggunakan pisau pencukur (bukan elektrik) dan antiperspiran atau deodoran ketiak, atau untuk wanita yang dilaporkan menggunakan deodoran antiperspiran di ketiak atau dalam 1 jam pencukur dengan pisau pencukur. Kesimpulan ini didasarkan pada wawancara dengan 813 wanita yang mengidap kanser payudara dan dengan 793 wanita tanpa sejarah kanser payudara.
Namun pada tahun 2003, dalam sebuah kajian yang berbeza, telah dikeluarkan satu penemuan  berhubung dengan kekerapan mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran/deodoran oleh 437 mangsa kanser payudara. Kajian ini mendapati bahawa umur wanita yang mendapat rawatan kanser payudara secara signifikan lebih awal pada wanita yang menggunakan produk berkenaan dan melakukan pencukuran ketiak mereka lebih kerap. Selain itu, wanita yang telah melakukan kebiasaan mencukur ketiak dan menggunakan antiperspiran dan deodoran  sebelum usia 16 tahun didapati mengidap kanser payudara pada usia lebih awal berbanding mereka yang melakukan kebiasaan tersebut lebih lambat.
Walaupun keputusan ini menunjukkan bahawa tabiat mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran serta deodoran mungkin ada kaitannya dengan kanser payudara, namun ia  tidak menunjukkan keputusan yang konklusif, berkenaan dengan hubungan diantara kebiasaan amalan berkenaan (tabiat mencukur ketiak dan penggunaan antiperspiran serta deodoran) dengan kanser payudara.
Sumber Rujukan
  1. Jones J. Can rumors cause cancer? Journal of the National Cancer Institute 2000; 92(18):1469–1471.
  2. Darbre PD. Underarm cosmetics and breast cancer. Journal of Applied Toxicology 2003; 23(2):89–95.
  3. Darbre PD. Aluminium, antiperspirants and breast cancer. Journal of Inorganic Biochemistry 2005; 99(9):1912–1919.
  4. Harvey PW, Everett DJ. Significance of the detection of esters of p-hydroxybenzoic acid (parabens) in human breast tumours. Journal of Applied Toxicology 2004; 24(1):1–4.
  5. Darbre PD, Aljarrah A, Miller WR, et al. Concentrations of parabens in human breast tumours. Journal of Applied Toxicology 2004; 24(1):5–13.
  6. Mirick DK, Davis S, Thomas DB. Antiperspirant use and the risk of breast cancer. Journal of the National Cancer Institute2002; 94(20):1578–1580.
  7. McGrath KG. An earlier age of breast cancer diagnosis related to more frequent use of antiperspirants/deodorants and underarm shaving. European Journal of Cancer 2003; 12(6):479–485.
  8. Fakri S, Al-Azzawi A, Al-Tawil N. Antiperspirant use as a risk factor for breast cancer in Iraq. Eastern Mediterranean Health Journal 2006; 12(3-4):478–482



Deodoran adalah produk penjagaan kebersihan, yang biasa digunakan dan mudah didapati hampir dalam setiap rumah. Boleh didapati dalam berbagai bentuk, samada pepejal, cecair, ataupun serbuk. Digunakan terutamanya di bawah ketiak, bagi menghilangkan bau badan yang berpunca dari aktiviti penguraian bakteria terhadap peluh. Bakteria berkenaan 'memakan' peluh dari apocrine glands, sel-sel kulit mati dan sel-sel bulu roma, lalu mengeluarkan asid 3-methyl-2-hexenoic.
Kebanyakan deodoran adalah berasaskan alkohol. Alkohol pada asalnya merangsang pengeluaran peluh dan juga dapat memusnahkan bakteria. Bagaimanapun alkohol juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan ada kalanya menjadi radang kemerah-merahan. Selain itu, kebanyakan cecair deodoran memiliki sifat-sifat anti-perspiran, yang mana ia berupaya menghentikan atau mengurangkan pengeluaran peluh secara ketara. Dengan yang demikian, ia mengurangkan lembapan yang diperlukan oleh bakteria. Bahan yang paling kerap digunakan sebagai agen anti-perspiran adalah aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium zirkonium. Anti-perspiran yang berasaskan aluminium ini akan bertindak balas dengan elektrolit yang ada dalam air peluh, membentuk gel plugs dalam 'sweat glands ducts'. Gel plugs tersebut akan menghalang 'sweat glands ducts' dari mengeluarkan cairan peluhnya. Bagaimanapun ia akhirnya akan dikeluarkan juga melalui pertukaran sel-sel kulit.
Penemuan terakhir telah menunjukkan bahawa aluminium adalah bersifat 'poisonous neurotoxin', yang boleh terkumpul di dalam tubuh. Ia didapati boleh menyebabkan pemendakan amyloid proteins yang menjadi punca kekusutan sel-sel otak dalam kebanyakan kes 'dementia'. Hasil dari kajian tersebut juga mereka menemukan bukti bahawa paras aluminium fluorida serendah 1ppm, boleh menyebabkan kesan buruk terhadap perkembangan otak. Aluminium yang bersifat poisonous neurotoxin’ berpotensi merubah fungsi ‘blood brain barrier’, dan ia adalah salah satu unsur yang tidak ada fungsi dan manfaat terhadap sel-sel hidup.
Tidak menghairankan bahawa penggunaan aluminium dalam anti-perspiran dikatakan mempunyai hubung kait dengan ‘systemic accumulation of aluminium’ , punca meningkatnya risiko penyakit Alzheimer.

No comments:

Post a Comment