Saturday, August 31, 2013

CARA MUDAH UNTUK DAPAT BANYAK DUIT?

 MUSTAHIL.


         Tapi Ada Cara Untuk Gunakan Benda Yang Anda Selalu Guna Untuk Buat Duit Tanpa Henti Walaupun Anda Dah Berhenti Dari izarudin Re : Cara Mudah Jana Pendapatan Berterusan Setiap Bulan Salam sejahtera saya ucapkan kepada anda. Terima kasih kerana melayari laman web saya. Jika anda pernah terfikir untuk masuk program buat duit dengan prepaid, anda perlu membaca mesej ini. Ianya telah mengubah hidup saya dan tidak mustahil, mungkin anda juga. Saya telah mencuba pelbagai “peluang perniagaan" dan kebanyakannya tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan dan saya juga hampir berputus asa. Tapi akhirnya saya menemui satu peluang yang betul-betul boleh membantu saya. Saya tidak tahu berapa banyak telah saya habiskan dalam pencarian itu (terlalu banyak sampai tak nak tengok semuanya!) tapi saya tetap juga cari. Hari ini saya ingin bercerita tentang program yang telah menarik saya keluar daripada masalah kewangan. Program ini ialah Perniagaan KAD SIM Prepaid WOW-ToneExcel. Tapi sebelum anda kata, "Ah, jual top-up lagi", anda silap. Ini bukan program jual prepaid atau top-up. Ini adalah program baru daripada syarikat ToneExcel dengan kerjasama TuneTalk yang dipelopori oleh Jason Lo dan disokong oleh syarikat gergasi Tune Group yang juga memiliki AirAsia (Tune Air) Dengan menyertai program ini, anda juga akan mendapat perlindungan insuran percuma sebanyak RM100,000 yang disediakan oleh Tune Insurance dan tiket penerbangan percuma dari AirAsia. Perniagaan Kad SIM WOW-ToneExcel ini kekuatannya datang daripada betapa mudahnya mereka boleh membeli top-up di mana saja. Lebih tepat mereka tidak perlu membeli top-up daripada anda. Mereka boleh pergi ke mana-mana Stesen Minyak, 7Eleven, Maybank2u, CIMB Clicks, E-Banking EON Bank, RHB Bank, Tesco serta mana-mana kedai yang ada mesin e-Pay. Ya, anda tidak perlu susah-susah untuk menjual top-up kepada mereka dan anda akan mendapat pendapatan pasif setiap kali mereka top up kad SIM yang anda jual kepada mereka. Jika anda fikir anda perlu menukar nombor telefon untuk menggunakan kad SIM ini, anda silap. Anda boleh guna nombor lama anda tak kira sama ada nombor lama tu adalah prepaid atau postpaid. Sama juga dengan kawan-kawan anda. Mereka boleh guna kad SIM yang anda jual kepada mereka dan masih lagi menggunakan nombor yang sama. Jadi, tidak ada masalah untuk anda dan kawan-kawan anda untuk bergayut dan bersms di handphone mereka sambil mendapat duit pada masa yang sama. Bagaimana pula dengan potensinya? Well... seperti yang yang saya katakan, tidaklah banyak mana. Tapi ada benda menarik yang saya ingin tunjukkan kepada anda. Minimum top-up bulanan untuk layak dapat komisyen dalam program ini hanya RM20 sahaja. Tapi kita berdua pun tahu orang guna lebih daripada itu setiap bulan. RM10 habis sekejap je. Terutama sekali kalau jenis yang suka call orang. Berikut adalah dua jenis bonus yang anda boleh dapat dari program ini: BONUS FAST TRACK ( Direct sponsor 1 level ) Apabila anda mengajak kawan anda join maka anda akan mendapat bonus sponsor RM20. Bonus ini anda dapat sekali sahaja. Bonus ini dibayar dua kali sebulan iaitu pada 11hb dan pada hujung bulan 28hb/30hb/31hb BONUS REFERRALS ( 3 level ) Pendapatan dari bonus ini adalah berulangkali dan ada tiga level. Level 1, 6%, Level 2, 3% dan Level 3, 11%. Jadi kalau anda sendiri pujuk 10 orang, ianya akan menjadi seperti ini, kita anggap setiap orang gunakan prepaid RM30 sebulan: RM30 x 6% x 10 orang = RM18.00 komisyen anda di level 1 Sedikit kan? Kalau setiap orang yang anda ajak pun ajak 10 orang, ianya akan jadi begini: RM30 x 3% x 100 orang = RM90.00 komisyen anda di level 2 Woops. RM108... SEBULAN. Tapi itu MASIH LAGI sedikit. Bagaimana kalau setiap orang di atas pun ajak seramai 10 orang? Jawabnya anda akan mendapat: RM30 x 11% x 1000 orang = RM3300.00 komisyen anda di level 3 Campur semua sekali anda dapat RM3408.00 sebulan!!! Ooh... dalam sebulan macam-macam saya boleh buat dengan duit sebanyak itu. Saya pasti anda juga ada macam-macam yang nak beli kalau dapat duit tu. Itu hanyalah contoh mudah dengan penggunaan prepaid cuma RM30. Saya sendiri guna lebih daripada RM70 sebulan. Mungkin anda juga guna banyak seperti saya. Saya tak tahu tapi ramai orang di luar sana yang gian berSMS dengan kawan-kawan, bergosip dan berborak sehingga larut pagi. Bayaran komisyen ini akan dilakukan pada setiap 21 hari bulan terus ke akaun bank anda dengan syarat anda dah ada komisyen minima RM30. Bayangkan anda tak perlu susah payah top-upkan untuk mereka tapi anda masih lagi boleh mendapat komisyen. Duduk di rumah, tengok TV tapi duit masuk ke kantung anda setiap masa. Mudah bukan? Bagaimana pula dengan cajnya? Adakah lebih tinggi daripada telco lain? Tidak sama sekali... Kadar panggilan kami ialah 32 sen seminit ke semua rangkaian. Yang lain-lain menawarkan kadar panggilan sebanyak 36 sen hingga 39 sen seminit. INGAT! Anda tidak perlu menukar nombor anda untuk menggunakan TuneTalk ini. Tidak sama sekali. Mari kita lihat apa yang akan anda dapat jika menyertai program ini bersama kami: Laman web untuk anda menaja secara online atau SMS www.bisnesprepaid.com/username anda Kad SIM WOW-ToneExcel dengan kredit RM30 Insuran RM100 ribu dari Tune Insurance Tiket penerbangan percuma dari AirAsia Pendapatan lumayan dan berterusan setiap bulan Masih kurang jelas atau tidak faham apa yang saya cuba sampaikan di sini. Sila tonton video di bawah supaya anda dapat gambaran yang lebih jelas. Persoalan anda akan rugi tidak timbul langsung jika anda menggunakan prepaid WOW-ToneExcel. Ingin mencuba bagaimana program ini boleh mengubah hidup anda? Hanya tekan butang join di bawah untuk DAFTAR PERCUMA dulu dan saya akan membantu anda menjadi seorang yang berduit. Saya pernah susah dan saya tidak mahu anda susah seperti saya. Setiap kali kawan anda call atau sms orang, mereka akan memberi anda duit. Anda tidak perlu lagi berkerut kepala fikir kenapa kredit anda cepat sangat habis kerana anda sudah mempunyai modal sampingan untuk mendapatkan topup. Peluang ini masih lagi tidak diketahui ramai. Tapi apabila ramai dah tahu, anda mungkin terpaksa bersaing dengan ramai orang. Cuba dapatkan sebelum itu berlaku. DAFTAR PERCUMA SEKARANG dan dapatkan ebook "Panduan Asas Promosi di Facebook" di bawah ini yang bernilai RM25 secara PERCUMA Saya harap anda juga berjaya, 














Daripada:
izarudin mohd nor 
0192061984 
izarudin1@gmail.com 



 P.S Success waits for no one – hanya mereka yang sanggup mengambilnya sahaja yang akan berjaya.




ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR A.K.A JMF

Di Malaysia ini, ada banyak perkara yang dirahsiakan dari umum terutamnya hal ehwal ketenteraan dan kekuatannya dan sehingga kini, walaupun banyak aset dan inventori Angkatan Tentera Malaysia telah diketahui jumlahnya oleh umum akan tetapi masyarakat masih lagi tidak mengetahui kekuatan “angkatan tentera yang satu ini”. Seperti kampung Konoha di negara api, begitu juga Angkatan tentera ini. Ianya hanya dioperasikan oleh satu-satunya negeri di Malaysia, malah tertubuhnya ketumbukan militer ini adalah terlebih dahulu dari Angkatan Tentera Malaysia. Ramai di kalangan rakyat Malaysia masih tercari-cari sumber sahih akan kekuatan ketumbukan tentera ini, tidak kira dari kelengkapan perangnya, askar operasi khusus (Special Operations Forces) dan lain-lain.
Itulah Angkatan Timbalan Setia Johor .
Aku dari dahulu lagi masih terfikir-fikir kenapa hanya Johor sahaja memiliki tentera sendiri dan kenapa ianya masih kekal sehingga kini. Apa signifikannya dan apa logiknya? Ada logiknya, oleh kerana Johor adalah negeri yang paling hampir dengan Singapura yang sering bermain api dengan Malaysia, kemungkinan kewujudan angakatan tentera ini sungguh releven. Jika tercetus perkara-perkara yang tidak diingini dengan negara jiran itu (yang selama ini begitu rapat dengan negara Israel) angkatan tentera ini boleh digerakkan sebagai pasukan pertama yang akan membela selatan tanah air dari diserang sementara menanti ketumbukan utama Angkatan Tentera Malaysia menyerang balas. Dengan doktrin negara jiran yang meniru teknik peperangan negara haram Israel iaitu “Pre-emptive strike” mereka menyasarkan dan menjangkakan dapat menawan Bandar Batu Pahat kurang dari 24 jam.Untuk mengekalkan tahap kerahsiaan operasi dan pengurusan tentera yang begitu tinggi, sehingga kini kekuatan ketumbukan Askar Timbalan Setia Johor masih dirahsiakan dan tidak pernah ada liputan yang menyeluruh mengenai sistem persenjataan mereka.
- – - – - – - PPPPfffttttt – - – - – - – -
Gambar hiasan; Buku JMF 100 tahun
Askar Timbalan Setia Johor atau JMF ( Johore Military Forces ) telah ditubuhkan pada 1885. Angkatan ini merupakan angkatan bersenjata milik Sultan Johor. Umumnya bagi penduduk di Johor, angkatan ini juga dikenali sebagai “Askar Tuanku”. Penubuhan angkatan ini terlaksana semasa Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar menjadi Sultan Johor. Baginda menerima saranan pihak British agar memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi Institusi Diraja dan juga bumi Johor. Oleh itu pada peringkat awal penubuhan, angkatan JMF terdiri daripada 60 orang askar Melayu dan 20 orang askar Punjabi. Askar Melayu JMF dilatih sebagai infantri manakala askar Punjabi dilatih dalam unit artileri.
Ketika di dalam Perbarisan
Sultan Sir Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Great Britain Queen Victoria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di negeri Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor. Johor adalah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.
Pada peringkat awalnya Komandan pertama yang dilantik adalah dari kalangan pegawai British iaitu Kapten Newland dan kemudiannya diserahkan kepada Kapten Daud Sulaiman sebaik ditauliahkan. Setelah itu, ketumbukan askar ini telah dipimpin oleh Syed Mohamed bin Nong Yahya dan Mejar Daud bin Sulaiman sebagai orang melayu yang pertama menjadi pegawai pemerintah. Pada tahun 1895, Sultan Ibrahim telah menjadi kolonel pemerintah Timbalan Setia Negeri. Baginda memperkukuh Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF). Pada tahun 1915, kekuatannya bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriah dan 84 orang Unit Pancaragam. Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.
Ketika Perang Dunia Pertama tercetus, Askar Timbalan Setia Johor terlibat dalam mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura dalam tahun 1915. . Askar Timbalan Setia menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa British.
Tanpa kita sedari, banyak jasa Askar Timbalan Setia Johor yang terpahat dalam lipatan sejarah kemerdekaan tanah air khususnya dalam negeri Johor. Misalnya pada tahun 1915, iaitu semasa perang dunia pertama, ketumbukan tentera ini telah menyekat dan menghentikan pemberontakan pasukan tentera India dari Fifth Light Infantry di Singapura. Askar Timbalan Setia Johor berjaya menahan tentera pemberontak yang berjaya membolosi sempadan ke Johor dalam usaha mereka melepaskan diri dari terus menjadi Tentera British. Pasukan ini juga membuat tugas-tugas membantu kawalan tawanan perang ke atas tahanan Jerman di Singapura. Pasukan ini juga memberi bantuan menjaga keselamatan kawasan di Pulau Belakang Mati (kini Pulau Sentosa), Singapura hingga tamat Perang Dunia Pertama.
Gambar hiasan
Selain memberikan bantuan kawalan keselamatan di Singapura, Pasukan Askar timbalan Setia Johor juga memberikan kawalan keselamatan laluan perhubungan di kawasan-kawasan Mersing, Kluang dan Batu Pahat termasuk pangkalan udara di Kluang (kini menjadi pangkalan utama Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia)
Ketika di Perang Dunia Kedua tercetus, Askar Timbalan Setia Johor tidak dikerahkan oleh Markas Gerakan Tanah Melayu di bawah pimpinan Lt. Jen. A. E. Percival sebagai sebahagian daripada pasukan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Apabila pasukan Tentera Jepun memasuki negeri Johor, khususnya bandar Johor Bahru, pasukan Askar Timbalan Setia tidak memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam pertempuran menentang Tentera Jepun.
Antara nama-name besar yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah :
  1. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail – Sultan Johor. Baginda merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
  2. Tun Hussein Onn – Bekas Perdana Menteri Malaysia. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Debra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
  3. Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail – Bekas Panglima ATM. Beliau pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
  4. Dato Onn Jaafar.
  5. Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid. Beliau merupakan bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid yang pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926
p/s – Bangga menjadi anak muda berketurunan Johor! Teringin sekali untuk berkhidmat di bawah panji-panji angkatan tentera ini. YA!!!!!!!!!
  Ada 2 cara untuk buat investment dalam Unit Trust CIMB Wealth Advisors ni..

1) Cash Investment

- terdapat 2 pilihan untuk anda yang ingin melabur menggunakan wang tunai iaitu:

Kaedah Lump Sump

Melalui kaedah ini anda boleh melabur dengan sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM1000.

Kaedah Lump Sump + Regular Saving

Melalui kaedah kedua ni pula anda perlu melabur sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM1000 dan kemudian anda membuat potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM200. Cara potongan adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank anda. Terdapat 5 bank yang menjadi pilihan iaitu:

- CIMB
- Maybank
- RHB
- BSN
- Lain2 bank

2) Menggunakan Duit KWSP dari Akaun 1 

- Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP sebelum melayakkan anda melakukan pelaburan ke UNIT TRUST CIMB.

Image

Untuk pengeluaran KWSP,umur dan baki Akaun 1 pelabur amat diperlukan supaya boleh menentukan jumlah pelaburan yang boleh dibuat.Hanya 20% sahaja boleh dikeluarkan dari jumlah penolakan baki yang mesti ada dalam Akaun 1.

Contohnya:-

Umur:37
Baki Akaun 1: RM56,000
Baki Akaun 1 yang perlu tinggal: RM34,000

Cara pengiraan:- 56,000 - 34000=RM22,000
Jumlah pelaburan: RM22,000 x 20%=RM4400

Jadi jumlah pelaburan yang boleh dibuat adalah RM4400.

So terpulang kepada investor nak buat pelaburan macam mana...kalau nak buat 2 cara tu sekali gus pun boleh...
sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya..

Image

Dengan Unit Amanah CIMB 3 keuntungan yang tuan boleh dapat
1) Dividen
2) Bonus keuntungan
3)Keuntungan kenaikan harga (capital gain)

so xperlu nak risau ada turun harga atau tidak..
coz tuan ada dividen yg tetap setiap tahun..
disamping tu boleh dapat bonus unit dan juga keuntungan kenaikan harga unit..

sedangkan ditempat lain 
hanya dapat dividen sahaja..

Alhamdulillah..
atas monitoring melalui saya..
Customer2 saya semua dapat profit seperti apa yang mereka target dalam unit amanah ini..

so saya sebagai consultant akan membantu anda bagaimana untuk dapatkan profit melalui investment yg dibuat melalui strategi2 yg dibentuk..

Peratus keuntungan boleh mencapai 10-15% lebih tinggi berbanding dividen yg diberikan oleh KWSP, ASB, Bank2 Simpanan. Fixed Deposit atau seumpama dengannya..
sangat menguntungkan..
Pelaburan tuk jangka masa panjang..

Klu buat pelaburan melalui Skim pengeluaran KWSP dimana pada umur 55 thn anda akan ada dua dana untuk menampung perbelanjaan dihari tua..
1) Duit KWSP anda
2) Dari duit keuntungan yang diperolehi hasil pelaburan anda di CIMB Wealth Advisors..
Secara tidak langsung anda telah buat persediaan dihari tua dengan menggunakan duit simpanan KWSP yang hanya duduk statik sahaja..


Klu melalui cash investment plak..
Lebih baik kita invest dekat Unit Amanah CIMB Wealth Advisors boleh dapat kadar pulangan yang lebih tinggi average minimum 10%-15% dan lebih dari tu pon boleh.
lepastu totally 100% syariah islamic fund..
sedangkan, bila invest kat ASB dividen hanya 7-8% setahun..
lagipon mufti selangor dah mengeluarkan fatwa yg ASB, ASN secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh dengan syariah atau tidak patuh dengan syariah..
so kat situ kite leh tengok yg bonus dr ASB tu dlm was2 yg kite nak guna bg anak2 atau ibu bapa kite makan sme....
BERKONGSI SEGALANYA!!!!!!!!!


MENGAPA PERLU KEMBANGKAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang bagaimanakah cara membuat pelaburan Unit Amanah melalui Akaun1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau dalam bahasa Inggeris Employees Provident Fund - Members Investment Scheme (EPF-MIS) . Kali ini saya hendak berkongsi sebab mengapa anda perlu kembangkan simpanan Akaun 1 KWSP?



Mengapa anda perlu kembangkan simpanan Akaun 1 KWSP? Adakah simpanan KWSP mencukupi semasa anda bersara nanti?

Contoh

Anda seorang pekerja firma Swasta merancang untuk bersara pada umur 55 atau 60 tahun. Anda hanya bergantung kepada wang simpanan KWSP sahaja apabila tiba masa bersara nanti.(Andaikan tiada langsung hutang setelah anda bersara)

Andaikan umur anda sekarang 30 tahun. Ini bermakna anda ada tempoh masa selama 25 atau 30 tahun untuk buat simpanan sebelum bersara kan? Berapakah anggaran wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat masa bersara pada umur 55 atau 60 tahun nanti? Anggarkan simpanan KWSP yang bakal anda dapat nanti adalah RM 100,000. Ini bermakna anda hanya bergantung dengan wang sebanyak RM 100,000 selepas bersara nanti. Kita tidak tahu sampai bila jangka hayat hidup kita kan? Andaikan jangka hayat hidup hingga umur 75 tahun. Ini bermakna selepas bersara anda hanya bergantung dengan wang RM 100,000 selama 15 atau 20 tahun kan?

Anda merancang bersara pada umur 60 tahun

15 Tahun = RM 100,000
1 Tahun = RM 6,666.67 (RM 100,000/15 Tahun)
1 Bulan = RM 555.56 (RM 6,666.67/12 Bulan)

Anda merancang bersara pada umur 55 tahun

20 Tahun = RM 100,000
1 Tahun = RM 5,000 (RM 100,000/20 Tahun)
1 Bulan = RM 416.67 (RM5,000/12 Bulan)

Adakah nilai wang RM400 atau RM 500 sebulan mencukupi setelah anda bersara nanti? Bagaimana pula dengan kos sara hidup ketika bersara nanti? Tahukah anda Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan:

I. Umur 55 Tahun
II. Kematian
III. Pelaburan Saham Unit Amanah

Melabur Akaun 1 KWSP dalam Unit Amanah



Objektif

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.


Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.


Kelayakan Memohon


1. a) Warganegara Malaysia; ATAU

b) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
c) Bukan warganegara Malaysia yang:

*Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
*Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN


3. Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM 5,000.


Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM 120,000 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.


i) Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
ii) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.
iii) Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.
iv) Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
v) Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan anda.
vi) Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.

Bagaimanakah untuk mengetahui simpanan yang layak untuk dilaburkan?

Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan simpanan yang layak untuk dilaburkan.

Jadual menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur:

Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
18
1,000
37
34,000
19
2,000
38
37,000
20
3,000
39
41,000
21
4,000
40
44,000
22
5,000
41
48,000
23
7,000
42
51,000
24
8,000
43
55,000
25
9,000
44
59,000
26
11,000
45
64,000
27
12,000
46
68,000
28
14,000
47
73,000
29
16,000
48
78,000
30
18,000
49
84,000
31
20,000
50
90,000
32
22,000
51
96,000
33
24,000
52
102,000
34
26,000
53
109,000
35
29,000
54
116,000
36
32,000
55
120,000


Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP

Situasi 1

Anda berumur 30 tahun dan jumlah yang ada di dalam akaun 1 anda ialah RM 30,000.

Cara Pengiraan

(Baki Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%
RM 30,000 - RM 18,000 = RM 12,000
RM 12,000 x 20% = RM 2,400

Kelayakan

Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 2,400.



Situasi 2



Anda berumur 30 tahun dan jumlah yang ada di dalam akaun 1 anda ialah RM 20,000.



Cara Pengiraan



(Baki Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%
RM 20,000 - RM 18,000 = RM 2,000
RM 2,000 x 20% = RM 400



Kelayakan



Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.



Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

P/S: Jom kembangkan simpanan Akaun 1 KWSP untuk melawan kadar Inflasi! Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. 

PELABURAN ALTERNATIF SELAIN UNIT AMANAH/UNIT TRUST

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang jenis dana unit amanah di Malaysia. Kali ini saya nak berkongsi tentang pelaburan alternatif selain unit amanah/unit trust. Segala maklumat yang saya kongsikan adalah untuk tujuan membuat perbandingan secara umum sahaja.


Unit Amanah

Potensi Pulangan: Sederhana
Tempoh Pelaburan: Sederhana ke jangka panjang
Modal Diperlukan: Kecil
Kecairan: Tinggi (Biasanya dalam tempoh 10 hari)
Risiko Pelaburan: Rendah (Manfaat kepelbagaian adalah terpakai)

Pasaran Saham

Potensi Pulangan: Sederhana ke tinggi
Tempoh Pelaburan: Sederhana ke jangka panjang*
Modal Diperlukan: Sederhana ke besar
Kecairan: Tinggi (Bergantung kepada keadaan pasaran)
Risiko Pelaburan: Sederhana ke tinggi

Insurans Hayat/Takaful Berkaitan Pelaburan

Potensi Pulangan: Rendah ke sederhana
Tempoh Pelaburan: Jangka panjang (mungkin ada penalti)
Modal Diperlukan: Kecil
Kecairan: Rendah (mungkin ada penalti)
Risiko Pelaburan: Rendah (Manfaat kepelbagaian adalah terpakai)

Pelaburan Asing/Antarabangsa

Potensi Pulangan: Sederhana ke tinggi
Tempoh Pelaburan: Sederhana ke jangka panjang*
Modal Diperlukan: Besar
Kecairan: Tinggi
Risiko Pelaburan: Tinggi (risiko tukaran matawang adalah terpakai)**

Wang Tunai & Deposit Tetap

Potensi Pulangan: Rendah
Tempoh Pelaburan: Berbeza
Modal Diperlukan: Besar
Kecairan: Rendah (mungkin ada penalti)
Risiko Pelaburan: Sangat rendah
  
Pelaburan Hartanah

Potensi Pulangan: Sederhana ke tinggi
Tempoh Pelaburan: Jangka panjang
Modal Diperlukan: Besar
Kecairan: Rendah (Sukar dicairkan)
Risiko Pelaburan: Sederhana ke tinggi

Produk Derivatif Kewangan

Potensi Pulangan: Tinggi
Tempoh Pelaburan: Jangka pendek
Modal Diperlukan: Sederhana ke besar
Kecairan: Sederhana
Risiko Pelaburan: Sangat tinggi

*   Tidak termasuk pelaburan saham bersifat spekulasi
** Risiko mungkin berbeza mengikut negara dan matawang

P/S: Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi! Berminat?