Saturday, August 31, 2013



MENGAPA PERLU KEMBANGKAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang bagaimanakah cara membuat pelaburan Unit Amanah melalui Akaun1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau dalam bahasa Inggeris Employees Provident Fund - Members Investment Scheme (EPF-MIS) . Kali ini saya hendak berkongsi sebab mengapa anda perlu kembangkan simpanan Akaun 1 KWSP?



Mengapa anda perlu kembangkan simpanan Akaun 1 KWSP? Adakah simpanan KWSP mencukupi semasa anda bersara nanti?

Contoh

Anda seorang pekerja firma Swasta merancang untuk bersara pada umur 55 atau 60 tahun. Anda hanya bergantung kepada wang simpanan KWSP sahaja apabila tiba masa bersara nanti.(Andaikan tiada langsung hutang setelah anda bersara)

Andaikan umur anda sekarang 30 tahun. Ini bermakna anda ada tempoh masa selama 25 atau 30 tahun untuk buat simpanan sebelum bersara kan? Berapakah anggaran wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat masa bersara pada umur 55 atau 60 tahun nanti? Anggarkan simpanan KWSP yang bakal anda dapat nanti adalah RM 100,000. Ini bermakna anda hanya bergantung dengan wang sebanyak RM 100,000 selepas bersara nanti. Kita tidak tahu sampai bila jangka hayat hidup kita kan? Andaikan jangka hayat hidup hingga umur 75 tahun. Ini bermakna selepas bersara anda hanya bergantung dengan wang RM 100,000 selama 15 atau 20 tahun kan?

Anda merancang bersara pada umur 60 tahun

15 Tahun = RM 100,000
1 Tahun = RM 6,666.67 (RM 100,000/15 Tahun)
1 Bulan = RM 555.56 (RM 6,666.67/12 Bulan)

Anda merancang bersara pada umur 55 tahun

20 Tahun = RM 100,000
1 Tahun = RM 5,000 (RM 100,000/20 Tahun)
1 Bulan = RM 416.67 (RM5,000/12 Bulan)

Adakah nilai wang RM400 atau RM 500 sebulan mencukupi setelah anda bersara nanti? Bagaimana pula dengan kos sara hidup ketika bersara nanti? Tahukah anda Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan:

I. Umur 55 Tahun
II. Kematian
III. Pelaburan Saham Unit Amanah

Melabur Akaun 1 KWSP dalam Unit Amanah



Objektif

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.


Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.


Kelayakan Memohon


1. a) Warganegara Malaysia; ATAU

b) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
c) Bukan warganegara Malaysia yang:

*Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
*Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN


3. Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM 5,000.


Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM 120,000 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.


i) Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
ii) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.
iii) Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.
iv) Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
v) Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan anda.
vi) Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.

Bagaimanakah untuk mengetahui simpanan yang layak untuk dilaburkan?

Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan simpanan yang layak untuk dilaburkan.

Jadual menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur:

Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
18
1,000
37
34,000
19
2,000
38
37,000
20
3,000
39
41,000
21
4,000
40
44,000
22
5,000
41
48,000
23
7,000
42
51,000
24
8,000
43
55,000
25
9,000
44
59,000
26
11,000
45
64,000
27
12,000
46
68,000
28
14,000
47
73,000
29
16,000
48
78,000
30
18,000
49
84,000
31
20,000
50
90,000
32
22,000
51
96,000
33
24,000
52
102,000
34
26,000
53
109,000
35
29,000
54
116,000
36
32,000
55
120,000


Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP

Situasi 1

Anda berumur 30 tahun dan jumlah yang ada di dalam akaun 1 anda ialah RM 30,000.

Cara Pengiraan

(Baki Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%
RM 30,000 - RM 18,000 = RM 12,000
RM 12,000 x 20% = RM 2,400

Kelayakan

Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 2,400.



Situasi 2



Anda berumur 30 tahun dan jumlah yang ada di dalam akaun 1 anda ialah RM 20,000.



Cara Pengiraan



(Baki Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%
RM 20,000 - RM 18,000 = RM 2,000
RM 2,000 x 20% = RM 400



Kelayakan



Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.



Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

P/S: Jom kembangkan simpanan Akaun 1 KWSP untuk melawan kadar Inflasi! Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. 

No comments:

Post a Comment