Saturday, August 31, 2013


CARA MELABUR DALAM UNIT AMANAH/UNIT TRUST CIMB WEALTH ADVISORS BERHAD

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini saya hendak berkongsi cara untuk melabur dalam unit amanah/unit trust CIMBWealth Advisors Berhad (CWA). Untuk pengetahuan korang terdapat 2 cara untuk melabur dalam unit amanah/unit trust CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA) ini iaitu dengan menggunakan wang tunai atau menggunakan wang KWSP dari akaun 1.




1) Melabur menggunakan wang tunai

Terdapat 2 pilihan untuk korang sekiranya ingin melabur menggunakan wang tunai iaitu melalui kaedah Lump Sump atau melalui kaedah Lump Sump + Regular Saving.

  •   Kaedah Lump Sump  
Melalui kaedah ini korang boleh melabur dengan sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM500 sahaja. 
  •   Kaedah Lump Sump + Regular Saving
Melalui kaedah kedua ini pula korang perlu melabur sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM500 dan kemudian korang perlu membuat potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM200. Cara potongan adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank korang. Terdapat 5 bank yang menjadi pilihan iaitu:

          - CIMB  (setiap 10 haribulan dan 20 haribulan)
          - Maybank (setiap 14 haribulan dan 28 haribulan)
          - RHB (setiap 12 haribulan dan 25 haribulan)
          - BSN (setiap 5 haribulan dan 19 haribulan)
          - EON/HLB (setiap 8 haribulan dan 16 haribulan)

2) Melabur menggunakan wang KWSP dari Akaun 1

Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP sebelum melayakkan korang melakukan pelaburan ke unit amanah/unit trust CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA).
Sila layari laman sesawang KWSP ini. http://www.kwsp.gov.my/

P/S: Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi! Berminat?

No comments:

Post a Comment