PELABURAN ALTERNATIF SELAIN UNIT AMANAH/UNIT TRUST
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sebelum ini saya telah berkongsi tentang jenis dana unit amanah di Malaysia. Kali ini saya nak berkongsi tentang pelaburan alternatif selain unit amanah/unit trust. Segala maklumat yang saya kongsikan adalah untuk tujuan membuat perbandingan secara umum sahaja.
Unit Amanah
Potensi Pulangan: Sederhana
Tempoh Pelaburan: Sederhana ke jangka panjang
Modal Diperlukan: Kecil
Kecairan: Tinggi (Biasanya dalam tempoh 10 hari)
Risiko Pelaburan: Rendah (Manfaat kepelbagaian adalah terpakai)
Pasaran Saham
Potensi Pulangan: Sederhana ke tinggi
Tempoh Pelaburan: Sederhana ke jangka panjang*
Modal Diperlukan: Sederhana ke besar
Kecairan: Tinggi (Bergantung kepada keadaan pasaran)
Risiko Pelaburan: Sederhana ke tinggi
Insurans Hayat/Takaful Berkaitan Pelaburan
Potensi Pulangan: Rendah ke sederhana
Tempoh Pelaburan: Jangka panjang (mungkin ada penalti)
Modal Diperlukan: Kecil
Kecairan: Rendah (mungkin ada penalti)
Risiko Pelaburan: Rendah (Manfaat kepelbagaian adalah terpakai)
Pelaburan Asing/Antarabangsa
Potensi Pulangan: Sederhana ke tinggi
Tempoh Pelaburan: Sederhana ke jangka panjang*
Modal Diperlukan: Besar
Kecairan: Tinggi
Risiko Pelaburan: Tinggi (risiko tukaran matawang adalah terpakai)**
Wang Tunai & Deposit Tetap
Potensi Pulangan: Rendah
Tempoh Pelaburan: Berbeza
Modal Diperlukan: Besar
Kecairan: Rendah (mungkin ada penalti)
Risiko Pelaburan: Sangat rendah
Pelaburan Hartanah
Potensi Pulangan: Sederhana ke tinggi
Tempoh Pelaburan: Jangka panjang
Modal Diperlukan: Besar
Kecairan: Rendah (Sukar dicairkan)
Risiko Pelaburan: Sederhana ke tinggi
Produk Derivatif Kewangan
Potensi Pulangan: Tinggi
Tempoh Pelaburan: Jangka pendek
Modal Diperlukan: Sederhana ke besar
Kecairan: Sederhana
Risiko Pelaburan: Sangat tinggi
* Tidak termasuk pelaburan saham bersifat spekulasi
** Risiko mungkin berbeza mengikut negara dan matawang
P/S: Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi! Berminat?
No comments:
Post a Comment