Saturday, August 31, 2013


MENGAPA PERLU BUAT SIMPANAN?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Inflasi? Saya juga telah berkongsi tentangmengapa perlu kembangkan simpanan Akaun 1 KWSP (EPF). Kali ini saya sekadar hendak berkongsi mengapa kita perlu buat simpanan? Penting sangatkah buat simpanan? Anda tanya diri anda sendiri adakah simpanan anda mencukupi? Mengapa anda perlu kembangkan simpanan anda? Dimanakah tempat anda buat simpanan?



Antara salah satu sebab mengapa anda perlu kembangkan simpanan anda adalah disebabkan oleh kesan Inflasi. Apakah itu Inflasi? Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.

Inflasi = Nilai Wang Jatuh = Harga Barang/Perkhidmatan Naik

Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah 2.5% hingga 4%. Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan adalah 7% hingga 12%.

Berdasarkan kepada formula Inflasi Peraturan 72 (Rules of 72), andaikan kadar Inflasi adalah 4% maka nilai wang kita pada hari ini akan susut kepada separuh selepas 18 tahun.

Kadar Inflasi = 4%

Berdasarkan formula Inflasi Peraturan 72 (Rules of 72)

72/Kadar  Inflasi
72/4 = 18

Contoh

2013: RM 100,000
2031: RM   50,000 = RM 100,000 (2013)

Andaikan jika kadar Inflasi adalah 12%? Maka nilai wang pada hari ini akan susut kepada separuh selepas 6 tahun.

Kadar Inflasi = 12%

Berdasarkan formula Inflasi Peraturan 72 (Rules of 72)

72/Kadar Inflasi
72/12 = 6

Contoh

2013: RM 100,000
2019: RM   50,000 = RM 100,000 (2013)


Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan?

Kali ini saya hendak berkongsi pula dimanakah tempat untuk anda buat simpanan. Segala maklumat yang akan saya kongsikan ini hanya pulangan secara purata sahaja, bukanlah muktamad seperti yang tercatat.

1. Akaun Simpanan (0% hingga 1%)
2. Deposit Tetap (2% hingga 3%)
3. Tabung Haji (4% hingga 5%)
4. KWSP (5% hingga 6%)
5. ASB (7% hingga 9%)
6. Unit Amanah (10% hingga 15%)

Contoh

Andaikan kadar Inflasi adalah 4%. Sekiranya anda buat simpanan ditempat yang memberi kadar pulangan sebanyak 6% maka kadar pulangan yang bakal anda perolehi adalah 1.9231% sahaja bukannya 6%. Hal ini kerana kadar pulangan sebanyak 6% perlu ditolak dengan kadar inflasi 4% dan bakinya 1.9231% adalah kadar pulangan yang bakal anda akan perolehi.

Kadar Pulangan = 6%
Kadar Inflasi = 4%

(Kadar Pulangan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Kadar Pulangan
(6% - 4%) / (1 + 4%) = 1.9231% (Baki Kadar Pulangan)

Adakah tempat anda buat simpanan mencukupi untuk melawan kadar Inflasi?


Kali ini saya hendak berkongsi pula bagaimanakah formula untuk gandakan wang. Berdasarkan kepada formula Inflasi Peraturan 72 (Rule of 72), andaikan anda simpan ditempat yang beri kadar pulangan adalah 2% maka selama 36 tahun baru wang anda akan berganda.

Kadar Pulangan = 2%

Berdasarkan formula Inflasi Peraturan 72 (Rule of 72)

72/Kadar Pulangan
72/2 = 36

Contoh

2013: RM 100,000
2049: RM 200,000

Sekiranya anda simpan ditempat yang beri kadar pulangan = 4%

72/4 = 18 (Selama 18 tahun baru wang anda akan berganda)

Sekiranya anda simpan ditempat yang beri kadar pulangan = 6%
72/6 = 12 (Selama 12 tahun baru wang anda akan berganda)

Sekiranya anda simpan ditempat yang beri kadar pulangan = 8%
72/8 = 9 (Selama 9 tahun baru wang anda akan berganda)

Sekiranya anda simpan ditempat yang beri kadar pulangan = 12%
72/12 = 6 (Selama 6 tahun baru wang anda akan berganda)



P/S: Dimanakah tempat anda buat simpanan? Adakah simpanan anda mencukupi? Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi! Berminat?!!!!!

No comments:

Post a Comment